Saturday, September 17, 2011

andai aku diberi peluang ingin aku kembali ke zaman kanak-kanak... berlari,bermain dan sentiasa bergembira,, apabila aku menangis ada yang menenteramkan aku.. bila aku sakit aku dirawat sebaiknya... tika itu aku hidup penuh dengan ketenangan... melihat dunia dari sudut yang berbeza.. menjelajah dunia bersama yang tersayang.. namun semua itu tidak mungkin berlaku... hari berganti hari usia semakin meningkat.. pemikiran dan akal juga semakin mematangkan diri... kadang terasa takut untuk berjalan,
untuk berkata-kata,
untuk berlari,
untuk bermain,
untuk bergembira,
dan
bersedih,
... takut untuk berjalan kerana takut langkah kaki kan menuju jalan yang salah...
...takut untuk berkata-kata kerana takut mulut kan berbicara sesuatu yang takbur...
...takut berlari kerana takut akan terjatuh ke jurang kegelapan...
..takut untuk bermain kerana takut untuk melakukan sesuatu yang melalaikan..
..takut untuk bermain kerana takut permainan akan berganti kepada kecelekaan...
..dan takut untuk bersedih kerana takut kesedihan menjadikan diri tidak mampu untuk bangkit semula...
bila bersendirian dan merenung kepada keindahan ciptaan Allah.. sungguh tenang jiwa.. lantas terpikir pernahkah aku berterima kasih dan bersyukur kepada Allah atas nikmat yang telah diberikan-Nya... pernahkah diri sujud memuji keagungan-Nya... sungguh lalai hamba-Nya apabila diberikan nikmat yang berganda.. mudah melupakan.. mata di butakan dengan kenikmatan dunia begitu sahaja.. tidak pernah terlintas di dalam dirinya bahwa itu ujian dari-Nya.. namun bila dia dalam kesusahan terkumat-kamit mulutnya memohon pertolongan dari Allah... namun Allah itu sentiasa berada disamping hamba-nya.. mendengar setiap rintihan walau sekeji mana hamba-Nya... hidup ini indah untuk dinikmati.. bila diri tahu megindahkannya...
... mata melihat keindahan ciptaan Allah sebaiknya..
.. mulut membicarakan keagungan Allah...
..kaki melangkah ke arah jalan benar..
... telinga mendengar ayat-ayat suci al-quran..
..tangan melakarkan karya-karya ajaran islam...
kehidupan bukan semata-semata untuk kita hidup tetapi kerana Allah.. kehidupan bukan semata-semata untuk kita mati tetapi kita mati untuk hidup.... Hati merintih kepada keredhaan-Nya.. tapi cukupkah rintihan itu untuk didengari kerana kejahilan diri .. masih mampukah tubuh melaksanakan suruhan-Nya .. mampukah diri melawan hasutan syaitan laknatullah... dosa dan kesilapan dilakukan dari hari ke hari.... meniti hidup bergelumang dosa.. masih belum cukupkah segala kenikmatan sehingga lupa untuk melaksanakn tanggungjawab sebagai hamba Allah...
segala jawapan ada dalam diri sendir.. fikirkan dan tanya diri.. adakah masih layak diri digelar islam ????
umat akhir zaman.. SUBHANALLAH...

0 comments:

Post a Comment

 
Themes by: Simple-Blogskins. Powered by Blogger