Friday, November 30, 2012

YOU'RE THE REASON WHY? slalu jg diri tertanya tanya.. aku kah yang bersalah.. aku ka yg terlebih atau akukah punca segalanya... entah lah.. bila difikirkan banyak keberangkaliannya.. kadang tu memang salah sendiri juga...tapi kadang memang bukan salah sendiri.. terasa bodoh juga diri bila menjadi terlalu baik.. sering di pijak.. sering di perli.. dan sering di singkirkan.. menjadi yang sebaliknya pula lain ceritanya.. entah mana satu yang harus di pilih.. menjadi diri sendiri juga boleh di persoalkan.. salah ka diri bila menjadi siapa kita yang sebenarnya.. memang kita tidak sempurna.. kerna itu kita harus menjadi diri sebenar kita kerana ia akan menunjukkan apa yang perlu kita buang dan baiki.. bukan pula kita menjadi diri kita sebenarnya untuk berlagak di depan manusia lain.. tidak perlu untuk kita berbangga kerana kita hidup hanya sementara.. selagi jasad masih ada teruslah merendah diri... tapi bukan pula terlalu merendahkan diri kerana padah juga yang kan datang menimpa.. bukan senang untuk hidup di dunia ini... perlu ada azam yang tinggi.. harus ada kecekalan dan perlu ada ketabahan yang teguh... andai kau jatuh bangun lah dan mula melangkah lagi.. pasti ada tangan yang menghulur bantuan.. usah la malu kerna mereka juga pernah jatuh... mereka tahu bagaimana rasanya bila kita jatuh.. memang ia sakit tapi ia menjadi pengajaran agar kita akan lebih gagah untuk melangkah lagi... walau kau sendiri ikut lah kata hati.. kata hati pasti akan menemukan engkau jalan keluar.. jalan yang kau inginkan selama ini... setiap yang kusut itu pasti akan terurai suat masa nanti... sesukar manapun ia untuk di uraikan pasti akan lurus juga.. bersabar lah.. kerna DIA sengaja ingin menguji kita.. agar kita bisa merasa makna perjuangan untuk hidup.. agar kemanisan kejayaan itu akan kita hargai suatu hari nanti... setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya... terus untuk mencari jawapan bukan cepat untuk berputus asa,... berbalaoikah untuk kau berserah sekarang setelah jauh kau melangkah... setelah beribu dugaan kau hadapi.. setelah seribu satu persoalan kau temui jawapannya... tanya diri sendiri.. masih mahukah kau mengalah... hanya mereka yang lemah saja mudah untuk mengalah... sedarlah bahawa semua manusia itu ialah seorang yang kuat... setiap orang ada kelebihan dan kekurangannya.. gunakan kelebihan yang ada untuk terus melangkah ke depan dan baiki kekurangan itu agar ia melengkapi kelebihan yang kau ada.. jangan kita mengharapkan orang sentiasa baik kepada kita... mereka juga bisa menjadi orang yang kita akan benci nanti.. berhati hati lah dalam pergaulan... jangan sesekali engkau mengecilkan hati hati mereka .. jika kau diperlakukan begitu bersabarlah kerana besar ganjarannya bagi orang yang bersabar.. biar kau di perli.. biar kau di ketawakan dan biarlah jika kau di singkirkan.. kerna pasti ada orang yang tepat untuk kau di luar sana... bukan mereka salah atau bodoh.. cuma mereka tidak tahu bagaimana untuk menghargai kau.. setelah apa yang kau buat bagi mereka memang tidak patut kau mendapat balasan sebegitu.. setiap orang berbeza.. mungkin cara mereka berbeza.. mungkin kau bukan sesiapa bagi meraka.. dan mungkin juga kau hanya teman sementara mereka untuk mengisi kebosanan mereka... biar la mereka.. usah kau fikirkan... masih ada yang baik untuk kau cuma belum kau temui sahaja... bila sudah kau ketemui pasti akan kau rasa bagaimana di hargai.. akan kau rasa perasaan yang di rasai oleh orang yang pernah kau hargai.. semua yang berlaku kerana KAU.. "YOU'RE THE REASON WHY" semua ini berlau.. tepuk dada tanya diri sendiri.. apa yang kau rasa terbaik bagi kau dan apa yang kau rasa perlu kau baiki... ASSALAMUALAIKUM...

Friday, November 23, 2012

::hati yang berbicara::

::akubahnie::
aq berasal dari kampung... aq lahir d kampung.. dan aq membesar di kampung... aq jauh dari bandar... aq jauh dari arus pemodenan... tp semua itu pada suatu ketika dahulu.... bukan aq lupa diri.. bukan juga aq lupa asal usul.. tp aq rasa masa untuk aq berubah.. berubah untuk menjejaki dunia ini.. menjelahi pelusuk dunia.. niat untuk menjadi lebih matang.. menjadi lebih berpengalaman dan untuk menambah ilmu yang sedikit ini... dulu aq cuma mampu berangan... cuma mampu untuk berkata dan cuma mampu untuk berharap.. namun... segalanya kini ada pada diri sendiri.. hendak tak hendak saja... memang sukar untuk kali pertamanya.. tapi aq gaghkan kaki untuk melangkah.. aq beranikan diri untuk kehadapan... akhirnya aq berjaya sedikit demi sedikit.. terlalu banyak dugaan aq hadapi.. kadang aq ingin kembali ke masa lalu.. aq berkata biar lah aq di ketika itu... tidak ada yang mahu menjatuhkan aq.. tidak ada yang kisahkan aq.. tidak ada yang mencabar aq.. yang ada hanyalah orang yang menyayangi aq.. orang yang dekat dengan aq dan teman yang berjalan dengan aq...di sini... segalanya bermula.. bermula perjalanan hidup seorang mnusia yang kerdil.. yang belum cukup matang tentang duniawi.. yang sering leka akan duniawi dan sering bangga akan duniawi... selangkah aq berjalan beribu halangan aq tempuhi... bila aq jatuh aq merintih keseorangan.. aq menangis tak berlagu dan aq mengadu pada sang angin.... bila aq jatuh aq bangun sendiri.... orang di sekeliling sibuk dengan hal sendiri.... ada juga yang menghulur bantuan.. tapi smpai bla aq berharap... harus aq gagahkan diri untuk hidup sendiri.... biar la aq jatuh.. biar la aq sakit.. dan biar la aq merintih... asalkan aq kejayaan suatu hari nanti akan aq rasakan kemanisan yang terungkap... pernah juga aq mengalah.. terasa tidak mampu untuk melangkah lagi.. tapi bla terfikirkan orang yang megharapkan aq... aq bangkit semula.. tidak sanggup hati ini mengecewakan mereka.. setelah apa yang mereka curahkan dan hulurkan tergamakkah aq untuk berserah begitu sahaja tanpa cuba untuk melangkah lagi.. sekali aq gagal bukan beerti aq kan gagal selamanya.. tapi kegagalan itu lah yang mengajar aq apa itu erti pebgorbanan.. pengorbanan yang pasti akan aku syukuri kelak... bukan aq berjalan sendiri.. ada yang berada disisi.. yang menbantu bila aq jatuh.. yang mendengar bila aq meluah dan yang menghapus air mata bila aq menangis.... terasa jauh sudah aq melangkah.... banyak sudah aq miliki dan puas suda aq berlari... tp sebenarnya ianya cuma permulaan... biar lah aq susah ketika ini.. biar lah aq sendiri ketika ini.. dan biar lah aq meronta ketika ini... yang penting orang yang aq sayangi gembira dan berbangga dengan aq.. cukup suda mereka menghulur.. banyak sudah mereka berkorban.. tiba masa aq pula yang berkorban untuk mereka... walaupun mmg tidak akan mampu aq membalas segalanya tapi aq cuba untuk menjadi yang terbaik... hanay itu yang termampu... andai ada yang lebih aq bersyukur..
masih jauh lagi perjalanan ini.. moga hari hari seterusnya akan di permudahkan dan segala rintangan dan halangan akan mampu aq tempuhi........... salam........
 
Themes by: Simple-Blogskins. Powered by Blogger