Friday, November 30, 2012

YOU'RE THE REASON WHY? slalu jg diri tertanya tanya.. aku kah yang bersalah.. aku ka yg terlebih atau akukah punca segalanya... entah lah.. bila difikirkan banyak keberangkaliannya.. kadang tu memang salah sendiri juga...tapi kadang memang bukan salah sendiri.. terasa bodoh juga diri bila menjadi terlalu baik.. sering di pijak.. sering di perli.. dan sering di singkirkan.. menjadi yang sebaliknya pula lain ceritanya.. entah mana satu yang harus di pilih.. menjadi diri sendiri juga boleh di persoalkan.. salah ka diri bila menjadi siapa kita yang sebenarnya.. memang kita tidak sempurna.. kerna itu kita harus menjadi diri sebenar kita kerana ia akan menunjukkan apa yang perlu kita buang dan baiki.. bukan pula kita menjadi diri kita sebenarnya untuk berlagak di depan manusia lain.. tidak perlu untuk kita berbangga kerana kita hidup hanya sementara.. selagi jasad masih ada teruslah merendah diri... tapi bukan pula terlalu merendahkan diri kerana padah juga yang kan datang menimpa.. bukan senang untuk hidup di dunia ini... perlu ada azam yang tinggi.. harus ada kecekalan dan perlu ada ketabahan yang teguh... andai kau jatuh bangun lah dan mula melangkah lagi.. pasti ada tangan yang menghulur bantuan.. usah la malu kerna mereka juga pernah jatuh... mereka tahu bagaimana rasanya bila kita jatuh.. memang ia sakit tapi ia menjadi pengajaran agar kita akan lebih gagah untuk melangkah lagi... walau kau sendiri ikut lah kata hati.. kata hati pasti akan menemukan engkau jalan keluar.. jalan yang kau inginkan selama ini... setiap yang kusut itu pasti akan terurai suat masa nanti... sesukar manapun ia untuk di uraikan pasti akan lurus juga.. bersabar lah.. kerna DIA sengaja ingin menguji kita.. agar kita bisa merasa makna perjuangan untuk hidup.. agar kemanisan kejayaan itu akan kita hargai suatu hari nanti... setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya... terus untuk mencari jawapan bukan cepat untuk berputus asa,... berbalaoikah untuk kau berserah sekarang setelah jauh kau melangkah... setelah beribu dugaan kau hadapi.. setelah seribu satu persoalan kau temui jawapannya... tanya diri sendiri.. masih mahukah kau mengalah... hanya mereka yang lemah saja mudah untuk mengalah... sedarlah bahawa semua manusia itu ialah seorang yang kuat... setiap orang ada kelebihan dan kekurangannya.. gunakan kelebihan yang ada untuk terus melangkah ke depan dan baiki kekurangan itu agar ia melengkapi kelebihan yang kau ada.. jangan kita mengharapkan orang sentiasa baik kepada kita... mereka juga bisa menjadi orang yang kita akan benci nanti.. berhati hati lah dalam pergaulan... jangan sesekali engkau mengecilkan hati hati mereka .. jika kau diperlakukan begitu bersabarlah kerana besar ganjarannya bagi orang yang bersabar.. biar kau di perli.. biar kau di ketawakan dan biarlah jika kau di singkirkan.. kerna pasti ada orang yang tepat untuk kau di luar sana... bukan mereka salah atau bodoh.. cuma mereka tidak tahu bagaimana untuk menghargai kau.. setelah apa yang kau buat bagi mereka memang tidak patut kau mendapat balasan sebegitu.. setiap orang berbeza.. mungkin cara mereka berbeza.. mungkin kau bukan sesiapa bagi meraka.. dan mungkin juga kau hanya teman sementara mereka untuk mengisi kebosanan mereka... biar la mereka.. usah kau fikirkan... masih ada yang baik untuk kau cuma belum kau temui sahaja... bila sudah kau ketemui pasti akan kau rasa bagaimana di hargai.. akan kau rasa perasaan yang di rasai oleh orang yang pernah kau hargai.. semua yang berlaku kerana KAU.. "YOU'RE THE REASON WHY" semua ini berlau.. tepuk dada tanya diri sendiri.. apa yang kau rasa terbaik bagi kau dan apa yang kau rasa perlu kau baiki... ASSALAMUALAIKUM...

0 comments:

Post a Comment

 
Themes by: Simple-Blogskins. Powered by Blogger